Tuesday, September 30, 2014

Simanja demam ? menu apa jadi pilihan..

Si manja mengadu pening-pening, tidak mahu minum susu atau menjamah makanan. Apa pilihan yang ada? Mudah sahaja. Sediakan Sup ayam yang di reneh sendiri tanpa menggunakan perencah sup.
Apa bahan-bahannya? Jomm masak!

Bahan A- untuk ditumis

Bunga lawang } - Beberapa ulas
Buah pelaga    } - Beberapa ulas
Bawang putih 5 ulas @1 labu
Halia- seperti dalam gambar bahagi kpd dua.
( bergantung kepada berapa banyak ayam yang kita gunakan lebih banyak lebih elok)
*Tumbuk halia & bawang putih (jangan hancur)

Bahan B
Ayam (sebelah-dipotong kecil2)

Cara masak;

Panaskan 2 sudu teh minyak dan masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama buah pelaga dan bunga lawang.
Kacau sehingga naik bau.
Masukkan ayam, kacau rata..biarkan seminit dua.
Masukkan air dan kacau.
Masukkan Garam, & serbuk perasa
Biarkan mendidih atau sehingga ayam masak.

Daun Sup ; mengembalikan kesegaran
Bahan C

Sup tanpa perencah mampu  membuka selera dan mengembalikan tenaga
Daun Sup, dipotong halus.
Taburkan ke atas sup yang telah dihidangkan.




 
Lebih menyegarkan
Haa..mudah dan ringkas. Sup ayam ni boleh mengembalikan selera anak kecil. campurkan dengan nasi dan sedia untuk di makan.

Selamat mencuba!!

Sunday, September 28, 2014

Me rebus utara resepimama

Bila hujung minggu..mama kena masak dlm kuantiti yg bnyk..sebab akan ada episod makan ulangan..so utk dapatkan resepi Mee Rebus utara mama hari ni silalah baca ya:



Mee rebus utara;
Bahan A : untuk kuah
Keledek 1 biji}       setelah masak kesemuanya perlu dilecek hingga halus.
Kentang 3 biji }
Bawang merah 3ulas (kisar halus)
Cili boo/cili giling 3 sudu bsr.
Udang basah 20 ekor (rebus &;asingkan kepala)

Cara2 masak kuah
Kentang dan keledek direbus Lecek hingga hancur.
Rebus udang &kepala udang.
Kopek kulit udang. Asingkan isinya. Ambil kulit &kepala udang -blend menggunakan air rebusan. Tapis dan asingkan.
Panaskannperiuk tumis bawang yg dikisar bersama cili boo. Dah masak masukkan air rebusan udang yg di blend (tapis ya..jgn x tapis).
Isi udang blend dan masukkan juga.
Slps tu.masukkan pula keledek dan kentang yg dh dilecek. Jika pekat tambahkan air ikut citarasa chef dapur. 
Masukkan garam,gula, perasa..biarkan sehingga masak.

Bahan B: 

Sawi  potong2 } dicelur
Taugeh } dicelur
Fish Cake & Fish Ball ( (dicelur sekejap)
Telur ayam (rebus ya..)
Cili besar hijau & merah  (dihiris)
Tahu  4 keping (digoreng dan potong nipis)
Bawang goreng 
Daun sup dipotong pendek2

Bahan C
Sambal daging.
1/2 kg daging potong dadu.
Tumbukkan bawang merah 3 ulas bersama  1/2 inci belacan.
1 Senduk besar ciliboo /cili giling (bergantung kepada siapa yang makan ya kuantitinya)
cara masak:
2 sudu besar minyak masak, masukkan ke dlm kuali dan panaskan.
Masukkan daging yg telah dipotong dan dibersihkan.
Bila daging dah agak2 separuh masak, ketepikan dan masukkan bawang yg telah ditumbuk & cili boo.
goreng sampai pecah minyak, gaulkan sekali dengan daging, 
Akhir sekali letakkan perasa. (gaeam, aji, gula) secukup rasa..

dan jangan lupa..Mee kuning atau mee hoon.yang dibersihkan / dicelur air panas..

Bila dh makan sekali..pasti nk cuba lagi..

Good Luck!!



Saturday, September 13, 2014

Jom Masak!!

Mama bukan pakar dalam bidang masakan. Kalau nak dibandingkan chef-chef terkenal..jauhlah bezanya..tapi mama adalah chef kepada putera-puteri yang berlima ni. Kalau dapur tak berasap sehari bermakna perbelanjaan untuk hari tu boleh cover barang dapur seminggu. Jadi yang mana satu pilihan ummi? apa lagi..masaklah!!