Sunday, October 12, 2014

Masak Lodeh Mama

Hari ni mood Aidiladha masih ada lagi. Maklumlah balik cuti cuma sekejap. Anak2 suka makan nasi impit kuah kacang dan masak lodeh.
Tapi kuah masak lodeh mama simple dan tak banyak rasa yang pelik-pelik (maklumla bukan pure jawa ya)

Yang bestnya, boleh dimakan dengan nasi juga..jom cuba.

Bahan2 A;

Tahu 3 keping digoreng sederhana garing
 3 sudu minyak masak
1 inci kunyit hidup                     } ditumbuk
1 sudu udang kering                   }ditumbuk agak hancur
5 ulas bawang merah sahaja      }ditumbuk  dan gaul bersama udang kering
2 batang serai dititik

Bahan2 B:

Kacang panjang ( 10 urat) dipotong -potong 2 inci.
Kobis                  ( 1/4) -potong kasar
Lobak merah       ( 1batang) dipotong bulat
soh on                  (direndam)
Fucuk                   (direndam)
Kelapa 1 biji / 1 kotak  ( sediakan santan cair dan santan pekat)

Cara 2 memasak;

Panaskan minyak , bahan-bahan yang ditumbuk dan serai ke dalam  periuk sehingga naik bau.
Masukkan semangkuk santan cair.
Masukkan kacang panjang, lobak merah dan biarkan seketika sehingga agak empuk.
Masukkan santan pekat , tambah air ikut selera sendiri samada nak cair atau pekat.
masukkan serbuk perasa. kacau dan apabila mendidih, masukkan soh on dan fucuk.
Masak sehingga soh on dan Fucuk kembang.
Sedia untuk dihidangkan.

**psst...untuk nikmatinya dlm versi sebenar; tambahkan; lengkuas  1 inc dititik dan ditumis bersama bahan2 lain, tempe di potong dadu dan digoreng, masukkan bersama tahu.

Cadangan hidangan; kalau untuk mama, sediakan sambal tumis bilis untuk dimakan bersama..kompom mabelesss!
Selamat mencuba!!



No comments: