Tuesday, September 30, 2014

Simanja demam ? menu apa jadi pilihan..

Si manja mengadu pening-pening, tidak mahu minum susu atau menjamah makanan. Apa pilihan yang ada? Mudah sahaja. Sediakan Sup ayam yang di reneh sendiri tanpa menggunakan perencah sup.
Apa bahan-bahannya? Jomm masak!

Bahan A- untuk ditumis

Bunga lawang } - Beberapa ulas
Buah pelaga    } - Beberapa ulas
Bawang putih 5 ulas @1 labu
Halia- seperti dalam gambar bahagi kpd dua.
( bergantung kepada berapa banyak ayam yang kita gunakan lebih banyak lebih elok)
*Tumbuk halia & bawang putih (jangan hancur)

Bahan B
Ayam (sebelah-dipotong kecil2)

Cara masak;

Panaskan 2 sudu teh minyak dan masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama buah pelaga dan bunga lawang.
Kacau sehingga naik bau.
Masukkan ayam, kacau rata..biarkan seminit dua.
Masukkan air dan kacau.
Masukkan Garam, & serbuk perasa
Biarkan mendidih atau sehingga ayam masak.

Daun Sup ; mengembalikan kesegaran
Bahan C

Sup tanpa perencah mampu  membuka selera dan mengembalikan tenaga
Daun Sup, dipotong halus.
Taburkan ke atas sup yang telah dihidangkan.




 
Lebih menyegarkan
Haa..mudah dan ringkas. Sup ayam ni boleh mengembalikan selera anak kecil. campurkan dengan nasi dan sedia untuk di makan.

Selamat mencuba!!

1 comment:

mama iman said...

Terasa2 segar hirup sup tu :D

Salam kenal :)