Wednesday, October 15, 2014

Masak Lemak Cili Api Tak Payah Timbuk2..

Haa..uniknya tajuk resepi mama..kan??
Malas nak masak lemak? dulu-dulu kalau nk masak lemak..palinggg malas..berpeluh2 juga..sebabnya nak kena timbuk2..(gode2 tu..)
Tapi bila dah jadi mama ni.. pandai2 la ubah resepikan? Maklumlah..jadi mama bekerja tak boleh nk masak manja2 kat dapur.
Bahan pun ringkas..Jom masakkk..

Bahan-bahannya;

Ayam sebelah dipotong kecil-kecil
Serai 2 batang (dititik)
5 ulas bawang merah } ditumbuk bersama cili api
4 biji cili api }(kalau guna yang merah tu 2 bij cukup)
Daun kunyit - 1 helai
 Kacang Panjang (potong pendek2)
2 biji tomato.. belah ikut suka.
2 sudu besar minyak masak
1 keping asam keping
Santan 1 kotak

Cara memasaknya;

Masukkan 2 sudu besar minyak ke dalam periuk dan panaskan . Tumis bahan tumbuk bersama serai sehingga naik bau. Masukkan ayam, kacau dan tambah setengah cawan air. tutup periuk dan biarkan seketika (dalam 5 minit). Emmm..bila buka tudung periuk..bau pun menyerlah. Perlahankan api (sederhana) kacau ayam dan masukkan kacang panjang, asam keping dan santan 1 kotak. Tambah air ke dalam kotak santan (1 kotak) goncang dan tuang ke dlm periuk supaya saki baki santan termasuk ke dalam periuk. Kacau bagi sebati masukkan garam dan serbuk perasa. Nampak kacang dah empuk masukkan Tomato, kacau dan tutup api. seminit je..takut tomato layu. Taraaaa...
Dah siap;

Haaa..senangkan. Tak payah berpeluh-peluh nak menimbuk ataupun takut pecah santan (santan berkepala). Mula2 dulu kena komplen juga dengan my mama..dia kata apa punya stail la masak lemak kena tumis. Tapi, bila my mama cuba resepi ni dan masuk pertandingan memasak..dia jadi juara..emmm,,, so sekarang guna terus resepi ni.
Jadi mama-mama yang busy..silalah cuba ya..


Sunday, October 12, 2014

Masak Lodeh Mama

Hari ni mood Aidiladha masih ada lagi. Maklumlah balik cuti cuma sekejap. Anak2 suka makan nasi impit kuah kacang dan masak lodeh.
Tapi kuah masak lodeh mama simple dan tak banyak rasa yang pelik-pelik (maklumla bukan pure jawa ya)

Yang bestnya, boleh dimakan dengan nasi juga..jom cuba.

Bahan2 A;

Tahu 3 keping digoreng sederhana garing
 3 sudu minyak masak
1 inci kunyit hidup                     } ditumbuk
1 sudu udang kering                   }ditumbuk agak hancur
5 ulas bawang merah sahaja      }ditumbuk  dan gaul bersama udang kering
2 batang serai dititik

Bahan2 B:

Kacang panjang ( 10 urat) dipotong -potong 2 inci.
Kobis                  ( 1/4) -potong kasar
Lobak merah       ( 1batang) dipotong bulat
soh on                  (direndam)
Fucuk                   (direndam)
Kelapa 1 biji / 1 kotak  ( sediakan santan cair dan santan pekat)

Cara 2 memasak;

Panaskan minyak , bahan-bahan yang ditumbuk dan serai ke dalam  periuk sehingga naik bau.
Masukkan semangkuk santan cair.
Masukkan kacang panjang, lobak merah dan biarkan seketika sehingga agak empuk.
Masukkan santan pekat , tambah air ikut selera sendiri samada nak cair atau pekat.
masukkan serbuk perasa. kacau dan apabila mendidih, masukkan soh on dan fucuk.
Masak sehingga soh on dan Fucuk kembang.
Sedia untuk dihidangkan.

**psst...untuk nikmatinya dlm versi sebenar; tambahkan; lengkuas  1 inc dititik dan ditumis bersama bahan2 lain, tempe di potong dadu dan digoreng, masukkan bersama tahu.

Cadangan hidangan; kalau untuk mama, sediakan sambal tumis bilis untuk dimakan bersama..kompom mabelesss!
Selamat mencuba!!